Tuesday, July 7, 2015

Abah

Hampir 3 tahun tapi rasa macam Abah sentiasa ada. Semalam orang mimpikan Abah. Mungkin terlalu rindu. Rindu yang tak terungkap. Rindu yang tak tahu nak cakap macam mana. Bulan puasa, memang akan rasa Rindu yang amat pada Abah. Itu aku... Aku tahu mak lagi rindu... 

Kalau Abah ada orang nak cakap, 'Abah, orang dah ada anak, dah 8 bulan.. Gigi dia dah ada 6 batang.. Dia dah nak pandai merangkak (Merangkak lambat sikit sebab dia berat) huhu". "Abah, tahun ni orang raya kat Keratong dengan mak dengan suami dan anak orang... Kalau Abah ada orang akan ajar anak orang panggil Abah Atuk sama macam Abang Aqil & Kakak Inas. Orang rindu Abah". Orang nak cakap macam tu pada Abah tapi tak sampai. Hari-hari orang doa untuk Abah.. Harap doa orang tu sampai. 

Abah, orang harap dan orang doa Abah bahagia kat sana. Orang harap Abah berada dalam keadaan yang tenang dan senang kat sana. Orang doa semoga keluarga kita bersatu semula nanti. Al-Fatihah

Orang Rindu.............


25 Julai 1953 - 3 Oktober 2012




Yang Benar,
Anak manja Abah




Monday, April 20, 2015

Pertama

Assalamualaikum.......................


20 April 2015 hari yang sangat happy bagi aku.... hukhukhuk..

Aufa! Aufa! Aufa dah tumboh gigi PERTAMA beliau... alolo omey angat... putih jek nampak.
Tapi tak keluar habis lagi.. Baru tunas.. Patutla banyak air liur meleleh. Aku duk fikir Aufa tak dapat makan jelly kelapa dengan dodol kukus mase mengandung dulu.. Rupanya budak tu nak tumboh gigi.

Agak cepat, baru 5 bulan lebih. Sebab ibu banyak minum susu masa pregnant kan awak dulu ke ekk? Kalau tumboh gigi cepat nanti lambat jalan orang tua-tua kata. Betul ke? Entah, yang penting awak sihat dah cukup bagi ibu. Hikhikhik.

Nanti ibu nak ambik gambar awak banyak2.. simpan buat kenangan.. hihihiihi..


Lebiu to the moon and back Aufa!!

Sunday, February 15, 2015

Yang Dinanti Telah Tiba

Hai Assalamualaikum,

Akhirnya yang dinanti-nanti telah tiba, dah 3 bulan lebih pun usianya, alhamdulillah. Sayang sangat, hihihi.
Sebelum ni aku ada tulis entry pasal baby taknak keluar lagi kan. Okay, harini aku nak tulis cerita kronologi baby Aufa lahir.

Dua hari sebelum bersalin tu, aku dengan suami duk ulang alik melawat abah kat Hospital Banting sebab abah kena demam denggi. Ahad malam tu masa on the way balik rumah cakap-cakap dengan suami bila lah baby nak keluar. Lepas tu suami pun cakap, okay balik ni kita jangan naik lif, kita naik tangga. Malam tu aku pulun naik tangga.

Tiba-tiba pukul 5 pagi camtu rasa sakit perut macam nak period gitu. Aku relax lagi. Sambung tido. Dalam pukul 630 am camtu aku bangun solat Subuh. Sepatutnya aku ada checkup untuk 39weeks haritu. Tapi tiba-tiba aku rasa macam nak period tu, terdetik dalam hati 'eh, aku dah nak bersalin ke ni? Tapi tak sakit sangat pun? Orang cakap sakit?'. Ha belagak dengan diri sendiri engko sebab rasa tak sakit sangat. Aku cakap dengan suami, saya rasa macam dah nak bersalin kot, sebab aku catat masa contraction tu selang 10min sekali. Tapi contraction tak kuat. Suami terus ajak pergi hospital, tak jadi la pergi checkup haritu. Tapi aku taknak pergi lagi. Sebelum keluar nak pergi hospital tu, aku masak telur ayam separuh masak 2 biji dengan minum air milo. Relax lagi. Yang suami aku dah gelabah dua tiga kali masuk toilet.

Tiba-tiba rasa nak makan roti canai. So, sebelum pegi hospital kitorg sempat singgah kedai mamak makan roti canai (relax je sebab tak sakit sangat). Aku makan roti canai dan minum air milo sekali lagi dengan harapan nanti ada tenaga nak meneran. Dalam pukul 11.30am aku sampai hospital. Memang rezeki sangat sebab takde orang sangat time tu. Nurse suruh masuk bilik, diorang cek bukaan berapa cm. Rupanya bukaan dah 3cm masa tu. Terus doktor pakaikan tag nama kat tangan, diorang hantar ke wad dekat Hospital Bersalin risiko rendah di Presint8 sebab doktor kata selalunya anak sulung bukaan lambat, So, mungkin esoknye baru bersalin. Diorang pun hantar aku naik ambulan, best naik ambulan rupanya, Wahwahwahwah!

Aku pun berehat dekat wad, diorang bagi makan tengah hari. Tapi aku tak makan sangat sebab tak selera. Masa tu dah rasa contraction kuat sikit. Sementara nak tunggu tu aku jalan-jalan dulu kat luar wad. Jalan-jalan kat taman depan tu dengan suami aku. Sempat sembang-sembang dengan sorang akak tu dia pun tunggu nak bersalin jugak tapi dia dah anak kedua, dah ada pengalaman. Masa tu memang dah rasa sakit tapi boleh tahan lagi dan boleh jalan-jalan lagi. Dalam pukul 4 petang camtu, hospital bagi makanan untuk minum petang. Ha masa tu aku dah rasa contraction yang agak kuat. Tapi aku tengok diorang bagi bubur kacang, aku makan sampai habis sebab sedap. Hahahahahhahahahaa.. Sempat lagi ko kan? Dalam pukul 430 petang camtu aku dah sakit kuat. Aku rasa macam tak tahan suruh suami aku panggilan doktor nak cek bukaan. Doktor tu taknak sebab die kata anak sulung selalunya lambat. Tapi aku suruh jugak sebab sakit dia makin kuat. So, doktor tu pun cek jugak. Mujur doktor tu ikut cakap aku. Hahahahahhaa. Bila doktor cek rupanya bukaan dah 5cm. Terus dia cakap dekat nurse suruh panggil ambulan hantar labour room. Masa cek bukaan tu aku tak rasa sakit pun (orang cakap masa doktor seluk tu sakit). Mungkin berkat aku amalkan minyak kelapa dara masa pregnant kot. Alhamdulillah.

Sebelum nak pergi labour room, aku sempat mandi dulu. Masa mandi tu la baru keluar tanda lendir campur darah sikit. Dalam pukul 5 petang aku naik ambulan pergi labour room. Masa nak masuk labour room pon aku berjalan tak naik weelchair pun sebab orang cakap kalau berjalan bukaan cepat sikit. Tapi nak sampai ke labour room tu dua kali aku berhenti sebab tahan contraction. Masa contraction aku bernafas laju-laju(ikut tips yang aku baca kat blog-blog orang) terima kasih tips2 tu banyak membantu. Sampai je labour room, nurse bagi baju suruh tukar, aku baring atas katil. Doktor datang dekat pukul 6 petang camtu, dia pecahkan air ketuban. Lepas pecah air ketuban tula rasa sakit yang amat sangat. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Terus mintak nak epidural tapi doktor dah tak bagi sebab bukaan dah lebih 6 cm dah tak boleh ambil epidural. Spontan aku menjerit "alaaaa.. macam mana ni? macam mana ni???? nak epidural' hahhahaha.. Sebab rasa macam tak tahan sakit tu. Doktor suruh aku sedut entanox. Aku rasa aku sedut banyak sangat sampai rasa macam lalok di awang-awangan gitu. Sakit takde la hilang pun. Tak lama lepas tu aku rasa macam nak terbuang air besar sangat. Aku fikir mesti dah dekat nak bersalin ni, aku ngiring ke kiri. Tangan sebelah kiri pegang gas, belah kanan melambai-labai doktor kat luar. Diorang tinggalkan aku sorang-sorang dalam tu. Mujur doktor tu nampak, berlari-lari la doktor tu (doktor laki, baik sangat) tapi da darurat terima jela doktor laki. doktor tu cek bukaan terus die suruh push.. Aku sibuk nak sedut gas lagi, dia kata tak payah sedut gas nanti awak lalok tak boleh push. Lepas tu ada 2 orang nurse datang tolong doktor tu. Tiba-tiba nampak suami aku masuk (dalam hati cakap eh berani pulak dia nak temankan) kih3. Terima kasih kat suami yang sentiasa ada disisi bagi semangat. Tapi rasa nak gelak masa dia cakap push macam yunk buat sit up tu. Hoh!! ingat sama ke ha? Tapi takpe lah berjaya jugak.

Alhamdulillah empat kali push akhirnya baby Aufa lahir, tepat pukul 7.00 petang. Lepas je dia keluar azan pun berkumandang. Masa doktor letak baby atas dada tu, rasa indah dan bersyukur sangat2. Subhanallah kuasa Tuhan! Akhirnya ibu dan abah dapat jumpa Aufa. Masa Aufa atas dada ibu, ibu rasa ehh! beratnya. Rupanya berat Aufa 3.5Kg! patutla berat. Hihihihi.. Yang paling best Aufa lahir pada tarikh Anniversary Ibu dan Abah 10/11/14 tepat 2 tahun abah dan ibu kawen. Hadiah Anniversary paling bermakna. Syukur!

Alhamdulilah syukur dipermudahkan segalanya. Sakit kejap je dan kelahiran pun dipermudahkan dan cepat. Syukur!!! Ibu loves you Aufa!


Thursday, October 30, 2014

Bila?? Bila?? Bilaaa???

Minggu ni dah nak masuk 38 weeks tapi baby still tak engaged lagi... Wahai baby, bila awak nak keluar ni?? Aishh..... Cepat-cepat sikit la keluar tu.... Dah tak sabar nak jumpa dengan awak ni.

Hari Isnin haritu checkup 37 weeks doc kata baby dah kat bawah tapi kepala tak masuk laluan lagi. Maknanya lambat lagi lah ni bersalinnya. Tanda-tanda pon takde lagi ni. Rilex je boleh jalan-jalan, gi keje macam biasa. Orang lain pulak yang seram tengok. Hek ehh! Tapi tak suka la bila orang asyik tegur " ehh!! ada lagi? tak bersalin lagi ke?? eiii dah sarat ni tengok..." grrrrrr!

Sabor jela... Dah baby taknak keluar lagi. Sedap duduk dalam perut kot, mommy die makan macam-macam. Nanti dah keluar kena minum susu je ye.. hihihihi..

Camne ye nak bagi baby cepat engaged? Sekarang kalau pergi kerja saja parking jauh-jauh, naik tangga sebab nak banyakkan berjalan dan bergerak dengan harapan si baby  akan turun cepat. Tapi rasa cam same je. Masih bertenaga.


Takpelah, sabar menanti. Semoga baby keluar cepat-cepat dan dipermudahkan. Mommy dan Abah sabar tunggu kamu sayang. Nanti kita jumpa k... muahhmuahhh! lebiuu baby A!! hihihi

Wednesday, September 3, 2014

Khabar Gumbira

Lalaaallalalalaalalalalalalalalalalalalalalalaa........


I'm happy!! Dua tiga hari ni kitorang ada dapat khabar gembira yang memang dah lama kitorang tunggu-tunggu. Akhirnya doa kitorang didengar dan dimakbulkan juga.. hakhakhak...

Tak sabar nak menunggu saat itu... Masa dapat berita ni dua tiga hari yang lepas, rasa nak melompat bintang tapi dek kerana berat badan yang melampaui batas sekang ni, tak jadi la aku nak melompat.

Terus rasa nak nyanyi lagu kiniiiii bebaaasssssss... wah gituww... Nampak tak happy kat situ?? Siap nak buat pulut kuning hokeiii. Tanda bersyukur, boleh?? hihihi...


Happy happy happy !!!



Tuesday, July 1, 2014

Puasa

Hai Assalamualaikum... lame tak tulih belog. Penyakit malas nak menaip.. Memang sekarang ni semua benda pon malas nak buat. Makan malas, mandi malas, jalan malas, masak malas semua la malas. Tido je tak malas. Melampau kan?

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke-4 umat Islam berpuasa. Inn syaa Allah lagi 26 hari kita akan menyambut Syawal.. Hek ehhh! Baru berapa hari puasa dah berkira-kira nak raya. Baju dan kelengkapan raya satu hape pun tak beli lagi. Mintak-mintak la tahun ni dapat bonus raya lagi dari PM. Boleh la buat tambah apa yang kurang. Hehehehe.. 

Tahun ni aku sambut puasa dekat rumah mak Pahang sebab raya tahun ni inn syaa Allah di Banting. Tahun ni meriah kat Banting sebab ramai beraya kat sana, ramai anak-anak buah. Raya kalau nak meriah kena ramai budak-budak. Hihi. 

Tu jela kot.. Apa-apa pun Selamat Berpuasa u olsssss!



Tuesday, April 29, 2014

Nadiku

Dengarlah bintang hatiku 
Aku akan menjagamu 
Dalam hidup dan matiku 
Hanya kaulah yang ku tuju 

Dan teringat janjiku padamu 
Suatu hari pasti akan tepati 
Aku akan menjagamu 
Semampuku dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh 
Ku terima kekuranganmu 
Dan ku takkan mengeluh 
Karena bagiku engkaulah nyawaku 

Dengarlah bintang hatiku 
Aku akan menjagamu 
Dalam hidup dan matiku 
Hanya kaulah yang ku tuju 

Dan teringat janjiku padamu 
Suatu hari pasti akan tepat 

Aku akan menjagamu 
Semampuku dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh 
Ku terima kekuranganmu 
Dan ku takkan mengeluh 
Karena bagiku engkaulah nyawaku 

Aku akan menjagamu 
Semampuku dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh 
Ku terima kekuranganmu 
Dan ku takkan mengeluh 
Karena bagiku engkaulah nyawaku 

Aku akan menjagamu 
Semampuku dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh 
Ku terima kekuranganmu 
Dan ku takkan mengeluh 
Karena bagiku engkaulah nyawaku 

Karena bagiku…. 
Engkaulah nyawaku…